Thursday, March 19, 2009
ITRAH - Satu Keimanan (Bab 2) - Ulul Amri
Dari surah An-Nisa' ayat 59, "Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatilah kepada Rasul dan Ulul Amri dikalangan kamu".
Ayat diatas meletakkan kepatuhan kepada Ulul Amri setara dengan ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Wajarkah tafsiran Ulul Amri ini dirujuk kepada pemimpin negara setara ketaatan kepada Allah dan RasulNya.?
Dari ayat di atas, Ulul Amri adalah berkaitan dengan penyebaran Risalah Islam kepada umat. Ulul Amri ini merupakan orang yang terpilih umtuk membawa risalah Islam ini dan juga penyambung risalah Islam selepas Rasulullah. Dengan itu ketaatan kepada Ulul Amri sebenarnya adalah satu keimanan kepada umat Islam.
Maksud sebenar Ulul Amri ini telah diterangkan dalam satu hadis diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah Al-Anshar yang berkata, "Ketika Allah menurunkan ayat dalam surah An-Nisaa' ayat 59 itu, aku bertanya "wahai Rasulullah, kami tahu siapa Allah dan RasulNya, tapi siapa Ulul Amri yang kepatuhan kepada mereka disejajarkan dengan kepatuhan kepada engkau itu?. Rasulullah menjawab,"Mereka adalah Khalifahku, wahai Jabir. Sesungguhnya para wasiku dan para Imam muslimin sesudahku. Yang pertama adalah Ali bin Abi Thalib, kemudian Al- Hasan, kemudian Al-Husein, kemudian Ali bin Al-Husein dan seterusnya sampai kepada Muhammad Al-Mahdi bin Hsan Al-Asykri.
Ulul Amri yang dinyatakan oleh Rasulullah itu adalah dikalangan Ahli Baitnya iaitu Itrah baginda (keturunan Rasulullah). Mereka itulah yang sebenarnya dimaksudkan orang-orng beriman yang dalam ayat 59 An-Nisaa' yang diletakkan kepatuhan kepada mereka adalah setara dengan kepatuhan kepada Allah dan RasulNya. Ini adalah kerana mereka adalah penyambung risalah Islam selepas kewafatan Nabi.
Keimanan kepada Itrah ini adalah Haq termaktub dalam Al-Quran selepas peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam pengorbanan mereka melaksankan korban yang diperintahkan oleh Allah. Dengan ketaatan mereka melakukan ketaatan dalam melakukan pengorbanan Nabi Ismail kepada Allah, Allah telah berfirman dalam ayat 124- 128
"Dan ingatlah, ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, "Sesungguhnya aku menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia", Ibrahim berkata (Dan saya mohon juaga dari keturunanku". Allah menjawab: "JanjiKutidak berlaku bagi ornag yang zalim".
Anugerah kepada keturunan Nabi Ibrahim ini menjadi Imam bagi umat Islam disebabkan perlaksaan pembinaan Baitullah (Kaabah) yang kemudian ditetapkan sebagai kiblat dan tempat ibadah Haji. Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s berdoa bersama " Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka yang akan membacakan ereka ayat-ayat Engkau, dam ,emgajarkan kepada mereka Al-Kitab(Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan (maksum) mereka.
Sebagai muslim adalah kita diwajibkan untuk mentaati Itrah Rasulullah kerana ini adalah satu keimanan yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran kerana mereka adalah orang yang selayak-layaknya mentafsirkan Al_quran dan hadis disebabkan mereka ini adalah maksum.
Sekiranya umat Islam memilih selain dari mereka, jadilah umat sekarang yang terumbang ambing dalam pedoman risalah Islam sebenar seterusnya menjerus kerapuhan akidah. Malang sekali umat kini tidak langsung mengenali Itrah ini. Jadi tidak mustahillah mengapa umat Islam lemah dalam serba serbi kerana tiada langsung keimanan kepada Itrah ini.
Wednesday, March 11, 2009
Itrah- Satu Keimanan (Bab 1)
Islam adalah agama yang hak dan suci dari Allah swt yang Maha Agung lagi Maha sempurna keagunganNya, dibawa oleh RasulNya, Muhammad saw.
Penganut Islam merupakan penganut agama kedua terbesarnya didunia tetapi diakui lemah serba serbi, lemah jiwa dan lemah raganya. Lemah mental dan spiritualnya. Lembik dan rapuh seperti buih hampasan air, mudah dihanyut oleh ombak. Imannya mudah runtuh, tipis bagaikan buih berderai dihempas ombak dipantai.
Lantaran dengan itu, umat Islam dewasa ini terlalu goyah Imannya selain ketinggalan dari pelbagai ilmu. Jesteru amat mudah diperkotak katikan. Kenapa ini berlaku sedangkan Islam adalah agama Tuhan bersaksikan Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammmad sebagai Pesuruh atau Rasulnya.
Tak mungkin kita mempersalahkan Risalah Islam yang dibawa oleh Nabi kerana tidak meninggikan martabat umat ini. Tidak mungkin juga Rasulullah saw gagal, memperjelas dan memberi contoh tauladan kepada umat terhadap segala apa yang di wahyukan oleh Tuhannya (seperti anggapan setengah manusia yang jahil ).
Sebab dalam berbagai khutbahnya beliau telah berulangkali menegaskan, “Bukankah telah aku sampaikan ? Bukankah telah aku sampaikan? Bukankah telah aku sampaikan?
Malahan Allah juga berfirman" Tuhan tidak merubah sesuatu kaum melainkan kaum itu merubah diri mereka sendiri."
Jadi, harus kita kita menilai diri sendiri. Dan perkara yang lebih penting perlu dimuhasabah ialah tahap keimanan kita kepada Allah kerana perkara inilah yang menjadi punca permasalahan umat kini. Ataupun lebih tepat lagi tahap kesyirikan kepada Tuhan amat menebal.
Bersabda Nabi Muhammad s.a.w.
“Bani
Perlu kita perjelaskan kepada diri, ini adalah agama tuhan, seharusnyalah umat agama ini dilindungiNYA. Akan tetapi sebagai umat kita perlu mengikut jalan2 yang ditunjukkanNYA.
Kesilapan kita sebenarnya adalah tidak mengikut jalan yang diredhaiNYA. Jalan yang diredhaiNYA sudah tentulah jalan yang dibawa oleh Rasulullah (saw). Kita sebenarnya tidak berada di atas landasan yang betul iaitu mengikuti risalah baginda. Akibatnya menjadi umat yang tidak diredhaiNYA.
Mana mungkin syafaat baginda juga boleh dianugerahkan kepada kita sedangkan kita tidak mengikuti ajaran yang betul yang baginda bawa.
Salah satu penyebab permasalahn akidah umat adalah dari golongan para ulama dewasa ini dalam menyebarkan risalah yang benar kepada umat.
Rasulullah saw telah bersabda
Akan datang kepada umatku suatu masa, dimana tidak ada lagi dari Al-Quran selain tulisannya, dari Islam selain namanya yang mereka guna sedang mereka adalah orang-orang yang paling jauh dari Islam. Masjid-masjid banyak tapi kosong dari hidayah. Para fuqaha dimasa itu merupakan fuqaha yang paling buruk dikolong langit. Dari mereka keluar fitnah, dan kepada mereka pula fitnah itu kembali.
Para ulama adalah tempat rujukan dan sebagai para tauladan sunnahtullah pada tidak memainkan peranan mereka dengan benar dan jujur. Ilmu agama diperagakan sana sini untuk mencari kemewahan dunia dan kesenangan hidup. Mereka berpesonaliti bagaikan sang pendeta, perlakuan bak wali sufi, akan tetapi mempunyai sifat munafik dalam diri.
Allah mengumpamakan ‘ulama’ jenis ini seperti sebatang kayu, kosong otaknya, tetapi apabila disandarkan ternampak begitu hebat, tetapi tidak bermunafaat kepada umat.
FirmanNya:
Surah Al-Munafiquun : Ayat 4
“ Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran ) ? “
Jesteru itulah kita sebenarnya telah menyimpang dari ajaran Rasulullah (saw). Bahkan terlalu taksub akan pegangan akan pegangan tertentu yang tidak ada nas shahih dan jelas. Masing2 mengakui menjadi pengikut Ahlil Sunnah Wal Jammaah tetapi tidak tahu asal sejarah fahaman ini. Janganlah kerna nama saja Sunnah wal Jammaah, kita menganggap kita berada pada akidah yang betul.
Jadi sesuatu perlu dilakukan oleh kita bagi mengenal mana yang Haq untuk kita beriman dan mana yang Batil yang perlu disingkirkan. Kerana hanya yang haq sahajalah yang menjadi pertunjuk ke arah keimanan sebenar. Akidah adalah asas ataupun tunjang ajaran Islam. Dari asas yang betul lagi Haq timbullah nur cahaya Ilahi dalam diri dalam segala tindak tanduk kita serta pemikiran kita.
Barangkali sering pertanyaan dalam diri akan apa perlunya penilaian akidah kita perlu dibuat kerana asalkan kita beragama Islam sudah cukup menjamin diri dunia dan akhirat. Tanggapan ini sebenar salah kerana sebagai seorng muslim kita perlu ada iktikad untuk mempertingkatkan keimanan kepada Allah pada keimanan yang sebenar,bukannya seperti sabut yang hanyut yang terlalu bergantung pada nasib diri sama ada timbul atau tenggelam.
Firman Allah: Surah al-An’am: 153
“ Dan ini adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah ia, dan jangan sekali-sekali kamu mengikuti jalan-jalan yang banyak, kerana akan menjauhkan kamu dari Allah”
Jadi tanyalah diri kita apakah yakin dengan pegangan kita sekarang dan berpengetahuan tentangnya. Kita tidak mahu dikatakan pengikut membuta tuli tanpa ada rasa usul periksa seterusnya akan diri tentang betulkah pegangan aku ini. Bukalah minda dan kajilah dahulu sejarah Islam timbulnya fahaman fahaman akidah tertentu terutama seperti Syiah dan semestilah Ahlil Sunnah wal Jamaah yang kita berpegang sekarang ini sebelum kita bertikad untuk berpegang kuat dengan fahaman tersebut.
Apabila adanya pengetahuan baru timbullah kenyakinan. Kenyakinan yang kuat inilah seterusnya akan menjadi keimanan yang teguh.
Telah dinukilkan dari satu hadis shahih bahawa pada suatu ketika Rasulullah menarik satu garis lurus, lalu menarik garis-garis ke kanan dan ke kiri dari garis yang lurus itu. Kemudian beliau bersabda "Inilah (garis lurus) jalan Allah, Sementara garis-garis ke kanan dan kekiri itu adalah jalan-jalan syaitan (Riwayat Ahmad dan Ad-Darimi)
Di dalam Al-Quran telah dijelaskan bahawa setiap muslim perlu mengikut kepada ikutan yang telah didoakan kepada Ibrahim dari keturunan sampai akhir zaman. Ini termasuklah dari keturunan Nabi Muhammad (saw) selepas baginda iaitu ITRAH NABI.
Dalam Surah Al Baqarah ayat 124, Allah telah berfiman
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam(pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun bermohon dengan berkata : "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga dari keturunanku (Itrah Rasullullah)." Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
|
| |
|
|
|