Thursday, March 19, 2009

ITRAH - Satu Keimanan (Bab 2) - Ulul Amri

Seringkali kita mendengar perkataan Ulul Amri diceramah samada di masjid atau di media terutama sekali apabila dirujuk dengan pemerintahan negara. Sekaligus membawa maksud kepada ketua negara atau pemerintah negara. Apakah benar tafsiran mudah ini dirujuk kepada pemimmpin negara? Adakah nas yang lain yang merujuk kepada tafsiran ini.?

Dari surah An-Nisa' ayat 59, "Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatilah kepada Rasul dan Ulul Amri dikalangan kamu".

Ayat diatas meletakkan kepatuhan kepada Ulul Amri setara dengan ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Wajarkah tafsiran Ulul Amri ini dirujuk kepada pemimpin negara setara ketaatan kepada Allah dan RasulNya.?

Dari ayat di atas, Ulul Amri adalah berkaitan dengan penyebaran Risalah Islam kepada umat. Ulul Amri ini merupakan orang yang terpilih umtuk membawa risalah Islam ini dan juga penyambung risalah Islam selepas Rasulullah. Dengan itu ketaatan kepada Ulul Amri sebenarnya adalah satu keimanan kepada umat Islam.

Maksud sebenar Ulul Amri ini telah diterangkan dalam satu hadis diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah Al-Anshar yang berkata, "Ketika Allah menurunkan ayat dalam surah An-Nisaa' ayat 59 itu, aku bertanya "wahai Rasulullah, kami tahu siapa Allah dan RasulNya, tapi siapa Ulul Amri yang kepatuhan kepada mereka disejajarkan dengan kepatuhan kepada engkau itu?. Rasulullah menjawab,"Mereka adalah Khalifahku, wahai Jabir. Sesungguhnya para wasiku dan para Imam muslimin sesudahku. Yang pertama adalah Ali bin Abi Thalib, kemudian Al- Hasan, kemudian Al-Husein, kemudian Ali bin Al-Husein dan seterusnya sampai kepada Muhammad Al-Mahdi bin Hsan Al-Asykri.

Ulul Amri yang dinyatakan oleh Rasulullah itu adalah dikalangan Ahli Baitnya iaitu Itrah baginda (keturunan Rasulullah). Mereka itulah yang sebenarnya dimaksudkan orang-orng beriman yang dalam ayat 59 An-Nisaa' yang diletakkan kepatuhan kepada mereka adalah setara dengan kepatuhan kepada Allah dan RasulNya. Ini adalah kerana mereka adalah penyambung risalah Islam selepas kewafatan Nabi.

Keimanan kepada Itrah ini adalah Haq termaktub dalam Al-Quran selepas peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam pengorbanan mereka melaksankan korban yang diperintahkan oleh Allah. Dengan ketaatan mereka melakukan ketaatan dalam melakukan pengorbanan Nabi Ismail kepada Allah, Allah telah berfirman dalam ayat 124- 128

"Dan ingatlah, ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, "Sesungguhnya aku menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia", Ibrahim berkata (Dan saya mohon juaga dari keturunanku". Allah menjawab: "JanjiKutidak berlaku bagi ornag yang zalim".

Anugerah kepada keturunan Nabi Ibrahim ini menjadi Imam bagi umat Islam disebabkan perlaksaan pembinaan Baitullah (Kaabah) yang kemudian ditetapkan sebagai kiblat dan tempat ibadah Haji. Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s berdoa bersama " Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka yang akan membacakan ereka ayat-ayat Engkau, dam ,emgajarkan kepada mereka Al-Kitab(Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan (maksum) mereka.

Sebagai muslim adalah kita diwajibkan untuk mentaati Itrah Rasulullah kerana ini adalah satu keimanan yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran kerana mereka adalah orang yang selayak-layaknya mentafsirkan Al_quran dan hadis disebabkan mereka ini adalah maksum.

Sekiranya umat Islam memilih selain dari mereka, jadilah umat sekarang yang terumbang ambing dalam pedoman risalah Islam sebenar seterusnya menjerus kerapuhan akidah. Malang sekali umat kini tidak langsung mengenali Itrah ini. Jadi tidak mustahillah mengapa umat Islam lemah dalam serba serbi kerana tiada langsung keimanan kepada Itrah ini.

No comments:

Post a Comment