Wednesday, September 16, 2009

Perginya Rahmat- Ramadhan

Pada tarikh blog ini ditulis kita telah pun berada di hari-hari terakhir Ramadhan. Ramadhan adalah bulan turunnya segala rahmat. Dalam bulan ini Allah menunjukan sifat Maha Rahmat Nya dengan pelbagai pahala dan ganjaran yang hebat yang tak pernah diberikan dalam bulan lain. Ibadah digandaka beribu kali dan perkara sunat terlalu hebat pahala diberikan kepada mereka yang betul ikhlas dalam Ibadahnya.

Namun apakah ini yang dikejarkan dalam bulan rahmat ini dan apa rahsia yang besar disebaliknya dengan kata2 ganjaran ini. Kita di dunia ini telahpun hidup dengan Rahmatnya dan ganjaranNya.

Dari mula dilahirkan sebagai menzahirkan sifat penciptaNya kepada kita, kemudian diberikan rezeki dengan pekerjaan dan pelbagai kemudahan yang membolehkan kita hidup dengan selesa diatas muka bumi ini.

Jadi setakat ini ganjaran Nya terlalu banyak telah diberikan kepada kita dan sifat memberi RahmatNya terlalu banyak diperuntukan untuk kita. Sehinggakan tak kan terbalas dengan segala ibadah kita yang telah dilakukan yang tak seberapa ini.

Jadi janganlah semata2 kita bercita2 melakukan ibadah untuk ganjaran yang akan diberikan tetapi letakkanlah perkara keutamaan bagi kita adalah untuk semata melahirkan rasa syukur sebagai seorang insan kepada PenciptaNya. Dan sebagai menjalankan perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh Hamba dengan Tuan nya.

Oleh yang sedemikian tetapi kita sepatutnya merendahkan diri dan memperhambakan diri bagaikan kita adalah makhluk yang hina dan berdosa.

Jadi inilah cara mendapatkan ganjaran besar dan RahmatNya yang terbesar sebagaimana hadis yang menyatakan bahawa barangsiapa yang melakukan ibadah puasa dengan sempurna maka akan diampunkan dosa2 yang terdahulu dan kita akan diseperti dilahirkan kembali dengan suci murni. Ini adalah ganjaran terbesar diberikan dalam bulan Ramadhan ini.

Ramadhan adalah bulan yang mana makhluk hampir dengan Allah. Nur KetuhananNya terlalu terang bagi hamba yang mencari akan penciptaNya. Apabila kita hampir dengan Tuhan bermakna kita semakin mengenaliNya. Keimanan akan terpancar di hati dan segala keindahan dan ketenangan hati akan tercerna. Keindahan dan ketenangan ini yang tak boleh digambarkan oleh hawa nafsu manusia.

Itulah tujuan para Ibadah kepada TuhanNya. Maka Ramadhan bulan terbaik untuk Nur PencitaNya. Jadi apakah cara nya ke arah itu? Ramadhan adalah jalan terbaik yang diberikan kepada hambaNya.

Jadi dengan berbekal dua hari terakhir ini marilah kita menjadi hambaNya sebaik mungkin. Dengan cara merendahkan diri sebagai hamba yang hina dan zikir dalm bentuk lidah- lisan dan terutama zikir dalam hati dengan sebanyak yang mungkin. (Ya Allah , YAllah dlm hati dan fokus pemikiran hanya Allah dengan fikiran yang kosong dan tanpa ada gamabaran dalam pemikiran.

No comments:

Post a Comment