1 Syawal atau Hari Raya Aidilfitri telah berlalu pada beberapa lepas. Ini bemakana semakin kesuntukan masa seorang Insan untuk menuju kearah Nya sekiranya pada Ramadhan lepas tidak dapat menepati ibadah yang sempurna kepadaNya.
Allah telah menjanjikan kepda muslimin bahawa Bulan Syawal ini seorang muslim itu akan dilahirkan kembali kepada fitrahNya iaitu bersih dari dosa dan syirikan. Atau lebih tepat lagi sebgai seorang Muslim beriman. Namun adakah betul yang berlaku ke atas diri kita ini. Hanya diri sendiri yang tahu jawapannya. Paling mudah untuk mengetahui hasilnya kepada diri kita dengan membuat perbandingan sebelum dan selepas Ramadhan. Adakah sama atau bertambah nur Keimanan yang bertambah teguh.
Jadi apakah kesilapan kita? Sehinggakan tidak dapat anugerah atau ganjaran yang terbesar itu. Itulah kesilapan yang biasa berlaku pada kebanyakan insan pada setiap kali Ramadhan.
Sebenarnya kita tidak mencari nur cahayaNya untuk mendekati KepadaNya. Mungkin kita sekadar membuat perbuatan puasa zahir iaitu tidak makan dan minum tanpa melibatkan ibadah kerohanian yang lebih fokus kepadaNya.
Perbuatan ibadah rohani yang pertama adalah melakukan segala Ibadah dengan hati yang tulus ikhlas dan tumpuan sepenuhnya kepadaNya disamping zikir yang tepat dan sempurna. Zikir bukan sekadar dilidah dan sebutan semata2. Ia lebih bermaksud dengan ingatan yang berterusan dalam melakukan ibadah dan dengan perasaan rasa rendah diri yang memperlihatkan kita sebagai hambaNya.
Kita sebenar perlu mencari nur CahayaNya pada setiap masa. Kita perlu akan Nur cahayaNya untuk mendekatiNya dan menghidupkan ruh kita. Oleh itu masa yang baik iaaitu pada masa Allah paling hampir pada insan pada bulan Ramadhan Ini adalah kerana Ia lebih menzahirkan Nur ketuhanaNya pada bulan Ramadhan yang paling banyak.
Sebab itulah pelbagai ganjaran diberikan pada bulan ini. Ganjaran pahala yang berlipat kali ganda adalah bermaksud gesaan Allah agar manusia lebih memperbanyakkan ibadah kepadaNya kerana peluang insan kembali kepada fitrahnya amat terbuka pada bulan ini.
Kuala Lumpur City Tour - 1
10 years ago
No comments:
Post a Comment